~::W3Lc0m3 t0 C0r3TaN yAn!3AzYaN!::~

::my life,..my favourite,..my love,..everything bout me::

Monday, October 31, 2011

Cerpen : Cinta Yang Ku Nanti

"Lina!! Cepatlah sikit...kita dah lambat nie." panggil Azrin Farhana yang ketika itu sedang menunggu Salina di luar rumah sewa mereka. Salina merupakan kawan baik dan juga teman serumahnya. Azrin dan Salina berkawan semenjak dari tahun pertama mereka di universiti lagi. Malah, kerjaya mereka juga sama iaitu sebagai pensyarah di UiTM Shah Alam.

"Ye!! Aku dah siap dah nie....Ish kau nie bising betul la..orang lambat sikit pun nak membebel macam mak nenek. Bukannya aku lambat tiap-tiap hari." jawab Salina sambil merungut kepada Azrin Farhana.

"Mana taknya aku membebel...kau tengok jam nie dah pukul berapa?" kata Azrin Farhana dengan muka tidak puas hati sambil menunjukkan jam di dashboard keretanya. "Dah pukul 8.45 pagi dah Cik Salina....mesyuarat mula pukul 9...so,tandanya kita dah lambat." marah Azrin Farhana sambil memecut laju keretanya. Dan tanpa disedari, keretanya telah melanggar bahagian belakang sebuah kereta Audi Q7. Kemudian, seorang lelaki berkaca mata hitam telah keluar dari kereta tersebut dan menuju ke arah belakang keretanya untuk melihat jika terdapat kesan perlanggaran. Azrin Farhana dan Salina yang masih tergamam dengan apa yang terjadi itu hanya mampu melihat lelaki itu menuju ke arah mereka.


Tok! Tok! Tok! Lelaki itu mengetuk cermin kereta Azrin Farhana sambil memberi isyarat supaya Azrin keluar dari kereta. Dengan cepat, Azrin keluar dari keretanya dan berhadapan dengan lelaki tersebut. Tetapi apa yang membuatkan Azrin lagi terkejut adalah kerana lelaki itu ialah Adam Haikal. Dan tanpa disangka, Adam Haikal juga terkejut dengan pertemuan itu dan tidak sangka akan berjumpa dengan Azrin Farhana. Dengan hatinya yang masih terluka dengan perbuatan lelaki itu terhadapnya serta terngiang-ngiang di telinganya akan ucapan lelaki itu yang membuatkan hatinya makin terluka, Azrin terus masuk ke dalam keretanya dan memecut laju keretanya meninggalkan Adam Haikal. Adam Haikal yang tidak sempat berbuat apa-apa hanya mampu memandang kereta Honda Civic milik Azrin berlalu meninggalkannya. Adam Haikal telah menyesal dengan apa yang telah dia lakukan terhadap gadis itu. Namun,dalam diam hatinya berharap akan ada lagi pertemuan dengan Azrin dan apabila saat itu tiba, dia ingin meminta maaf kepada gadis itu serta mengambil gadis itu sebagai isterinya.


Seminggu selepas itu....


Sesudah Azrin meletak kereta di tempat letak kereta Jaya Jusco Wangsa Maju, dia terus melangkah ke pintu masuk di mana Salina sedang menunggunya. Hari itu merupakan hari minggu, lantas Azrin dan Salina membuat keputusan untuk keluar berjalan-jalan di samping membeli barangan dapur yang sudah kehabisan. Sebelum membeli-belah dan memandangkan waktu sudah tengahari, lantas Azrin dan Salina masuk ke restoran Kenny Rogers Roasters untuk mengisi perut mereka yang dari pagi lagi belum menjamah makanan. Selesai makan, Azrin dan Salina terus keluar dari restoran itu sambil rancak berbual. Tanpa disedari, Azrin telah melanggar seseorang dan "Bedebuk!! Aduh!!" akibat perlanggaran itu, Azrin telah jatuh ke belakang sebelum dapat mengimbangi badannya.




"Rin, are you okay?" tanya lelaki itu dengan risau.


Azrin yang terkejut macam mana lelaki itu tahu namanya terus mengangkat kepalanya untuk melihat siapakah lelaki itu. Alangkah terkejutnya dia kerana lelaki itu merupakan Adam Haikal. "Ish...kenapa la dalam ramai-ramai orang,aku boleh langgar dia." kata Azrin dalam hatinya. Dengan selambanya Azrin menjawab, "It's okay. But who are you? Do i know you? Salina, do you know him?". Azrin berpaling kepada Salina yang berada di sebelahnya dari tadi sambil ekor matanya melihat Adam Haikal yang nampak terkejut dengan soalannya tadi.


"Rin, awak dah tak kenal saya ke? Saya Adam Haikal." dengan resah Adam Haikal bertanya.


Maaflah saya betul-betul tak kenal awak. Okaylah, saya pergi dulu. Bye! Jom Salina.." Dengan muka selamba Azrin berkata lalu melangkah ke depan melintasi Adam Haikal. Baru je dia ingin melangkah, terasa tangannya dipegang oleh Adam Haikal. "Ini yang aku tak suka nie...suka hati dia je nak pegang tangan aku." marah Azrin dalam hatinya. "Encik Adam Haikal, tolong lepaskan tangan saya..." pinta Azrin sambil memandang marah kepada Adam Haikal. Dia cuba untuk melepaskan tangannya tetapi Adam Haikal semakin mengeeratkan pegangannya.


"Nope! Saya takkan lepaskan tangan awak selagi awak tak mengaku yang awak kenal saya! Malah kenal sangat-sangat!" kata Adam Haikal dengan nada geram. Adam Haikal tahu bahawa Azrin sengaja mengaku tidak mengenalinya. Dia tahu yang Azrin ingin mengelak dari bertemu dengannya.


"Okay! Saya mengaku saya kenal awak...malah saya ingat lagi, awak adalah Adam Haikal..seorang yang cukup saya benci dan takkan saya maafkan sampai bila-bila!! Puas hati?? Now,let me go!!" balas Azrin dengan nada yang cukup marah dan benci. Walaupun mulutnya berkata benci tetapi dia masih mencintai Adam Haikal biarpun hatinya terluka disebabkan oleh lelaki itu. Dengan kuat, Azrin merentapkan tangannya dari pegangan Adam Haikal yang mulai longgar lalu berlari meninggalkan Salina yang dari tadi hanya sekadar menjadi pemerhati. Salina yang terkejut dengan reaksi Azrin itu telah menulis sesuatu di atas secebis kertas lalu diberikan kepada Adam Haikal.


"Ini nombor telefon Azrin. Saya bagi nie sebab nanti senang awak nak pujuk dia. Azrin tu nampak je macam tu, dia lembut sebenarnya cuma dia perlukan masa untuk pulihkan hatinya yang terluka tu. Hope awak dapat pujuk dia balik." dengan pantas Salina berlari mengejar Azrin yang sudah jauh meninggalkannya.


Adam Haikal yang masih terkejut dengan pengakuan Azrin tadi memutarkan kembali peristiwa yang berlaku antara dia dan Azrin, peristiwa yang membuatkan dia melukai hati Azrin.


Empat tahun yang lalu...


"Ada apa awak nak jumpa saya?" tanya Adam Haikal kepada Azrin sambil merenung tepat anak mata coklat gadis itu. Kadang-kadang hairan juga dia kenapa setiap kali bertentangan mata dengan Azrin, akan terbit satu rasa yang sungguh aneh tetapi dia tidak mengetahui apakah itu. Tiba-tiba Azrin memalingkan mukanya ke arah tasik. Perbuatan Azrin itu mengundang persoalan kepada Adam Haikal kerana gadis itu tidak pernah berkelakuan seperti itu. "Rin, awak kenapa? Awak ade masalah ke?" tanya Adam Haikal dengan nada yang sangat risau. Dia sudah anggap gadis itu seperti adiknya dan kawan dan apabila gadis itu berada dalam kesakitan, dia akan turut merasakannya.


"Saya ada sesuatu nak bagitahu awak Adam. Tapi awak janji jangan cakap apa-apa sebelum saya habis cakap." kata Azrin sambil menundukkan wajahnya.


"Okay,saya janji. Now,tell me..what is it? Sounds like important..." tanya Adam Haikal dengan tak sabar nak tahu.


"Emm...Adam,sebenarnya saya sukakan awak. Dah lama saya pendam perasaan nie...sejak tahun pertama kita lagi....Saya tahu saya tak setanding dengan awak...tapi saya tak boleh halang perasaan nie dari terus menyukai awak...Maafkan saya, saya betul-betul minta maaf...Saya terima apa saja keputusan awak." luah Azrin sambil mengangkat kepalanya untuk melihat reaksi Adam Haikal serta mengharapkan balasan dari lelaki itu tetapi lelaki itu hanya diam.


Adam Haikal berasa tidak percaya akan apa yang telah diluahkan oleh Azrin tadi. Serta-merta dia berasa marah kepada Azrin kerana menyimpan perasaan terhadapnya. Lantas dia membalas, "Awak tahu tak yang awak nie tak layak langsung berdampingan dengan saya. Cermin diri awak tu dulu sebelum nak sukakan saya.
Awak nie,saya cuma anggap kawan biasa je...tak lebih daripada tu pun. So, mulai hari ini..hubungan persahabatan kita putus...saya dah taknak tengok muka awak di depan saya lagi. Goodbye!!" kata Adam Haikal dengan angkuhnya lalu berlalu meninggalkan Azrin di situ. Selepas Adam Haikal berlalu, perlahan-lahan airmata Azrin menitis semakin laju dan berserta dengan itu,dia berjanji akan melupakan lelaki itu dan tidak akan memaafkan lelaki itu sampai bila-bila.


Empat tahun kemudian (dua minggu selepas pertemuannya dengan Adam Haikal)......


Airmata Azrin menitis apabila terkenang kembali akan kata-kata lelaki itu terhadapnya dahulu.....dan setelah empat tahun, dia berjumpa lelaki itu kembali...perkara yang tidak disangka olehnya.....Apabila terkenangkan luka yang diberi oleh lelaki itu, dia ingin mengelak dari berjumpa dengan lelaki itu....tetapi apa yang dia hairan...sejak kebelakangan ini, kemana-mana sahaja dia pergi pasti akan berjumpa dengan Adam Haikal. Lelaki itu meminta maaf serta ingin mengambilnya sebagai isteri. Kenyataan itu membuatkan dia semakin ingin melarikan diri dari lelaki itu walaupun tidak dinafikan hatinya telah memaafkan lelaki.


Beberapa hari kemudian....


"Assalamualaikum mak. Mak sihat? Ayah sihat?" tanya Azrin.


"Waalaikumsalam...Alhamdulillah mak ngan ayah sihat Rin. Rin sihat?" tanya Mak Ecah pula.


"Alhamdulillah Rin sihat mak. Heehehe." balas Rin.


"Mak ada benda nak bagitahu kamu nie. Tapi kamu jangan terkejut pulak." kata Mak Ecah kepada puteri bongsunya itu dan merupakan satu-satunya puteri dalam keluarga mereka.


"Ada apa mak? Macam penting je..." balas Azrin.


"Sebenarnya tiga hari lepas ada rombongan datang meminang kamu." kata Mak Ecah.


Gedebuk!! "Hah!! Apa mak?? Rombongan meminang?? Siapa orangnya mak?" tanya Azrin dengan terkejutnya.


"Tengok dari cara dorang hari tu,nampak macam orang berada. Kereta-kereta yang datang hari tu pun besar-besar. Tapi yang pasti, orang KL...."jawab Mak Ecah dengan yakin. "Kamu nak terima ke taknak? Mak rasa baik kamu terima pinangan tu...kamu tu dah umur 26...kawan-kawan kamu semua dah kahwin.


"Tapi mak,Rin tak kenal pun orang tu. Macam mana Rin nak terima....lagipun Rin taknak kahwin dengan orang yang Rin tak cinta." balas Azrin dengan yakin.


"Mak tak kira Azrin!! Kali nie kamu kena ikut cakap mak....kamu mesti kahwin jugak ngan lelaki tu...mak dah terima pinangan tu...Bulan depan kamu nikah..Assalamualaikum.."kata Mak Ecah dengan garang lalu meletakkan telefon.


"Takpe la..Rin terima pinangan tu...mak sediakanlah apa-apa yang patut...Rin ikut je....Waalaikumsalam.."jawab Azrin dengan sedih.


Sebulan selepas itu...


Perkarangan rumah keluarga Azrin meriah dengan orang-orang kampung yang membantu bergotong-royong sempena majlis perkahwinan Azrin. Rumah keluarganya sudah dipenuhi dengan kehadiran sanak saudara keluarga mereka bagi memeriahkan majlisnya.Azrin yang berada didalam biliknya hanya mampu mengeluh mengenangkan esok statusnya akan berubah kepada isteri orang dan redha menerima takdir nya yang terpaksa berkahwin dengan orang yang tidak dikenali dan ini bermakna dia harus melupakan cintanya terhadap Adam Haikal.


Keesokannya....


"Aku terima nikahnya Nik Nur Azrin Farhana binti Abdul Majid dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai." jawab pengantin lelaki. Kedengaran pula suara Tok Imam mengatakan sah. Dengan sekali lafaz, Azrin telah menjadi isteri kepada lelaki yang tidak dikenali. Selepas itu, suami Azrin melangkah ke arahnya untuk menyarungkan cincin. Azrin tidak langsung mengangkat mukanya untuk melihat muka suaminya itu. Selepas dahinya dicium, Azrin tergerak hati untuk melihat muka suaminya itu..alangkah terkejut dia apabila suaminya itu adalah Adam Haikal. Tetapi dia tidak mampu berbuat apa-apa memandangkan orang ramai sedang mengerumuninya. Setelah selesai upacara membatalkan air sembahyang, Azrin terus masuk ke dalam biliknya.


Sedang mengelamun, pintu biliknya diketuk dari luar dan kedengaran suara Adam Haikal memintanya membuka pintu bilik. Lantas dia membuka pintu biliknya itu,Adam Haikal melangkah masuk dengan sebuah beg kecil berada di tangannya. Dengan hairan,Azrin bertanya "Awak nak buat ape dengan beg tu?". 


"Abang kan tidur sini malam nie..mestila abang kena bawak pakaian kan....so,nie beg abang la." jawab Adam Haikal sambil tergelak kecil. Azrin yang mendengarkan jawapan itu terus menyerang," siapa benarkan awak tidur kat sini? Apa hak awak nak tidur kat sini?".


Adam Haikal hanya tersenyum kecil dan menjawab,"abang nie kan suami sayang..mestila abang ada hak nak tidur sini."


Azrin sudah tidak mampu membalas kata-kata Adam Haikal,lantas membuat keputusan untuk keluar dari bilik  itu. Tetapi baru je selangkah, tangannya dipegang oleh Adam Haikal lalu dirinya dibawa duduk di atas katil. "Okay,abang nak sayang dengar dulu apa yang abang nak cakapkan,then lepas tu baru sayang boleh nak cakap sesuatu." kata Adam Haikal kepada isterinya.


"First,abang nak minta maaf sebab dah lukakan hati sayang empat tahun lepas.Masa tu abang masih tak sedar yang abang sebenarnya cintakan sayang. Abang akui masa tu abang memang ada rasa something kalau tiap kali kita keluar bersama tapi abang nafikan perasaan tu. Selepas sayang pergi dari hidup abang, abang rasa yang hidup abang nie dah tak bermakna,kosong....sebab tu dalam empat tahun nie,abang berusaha cari sayang tapi tak jumpa....dan alhamdulillah,akhirnya abang jumpa juga dengan sayang walaupun masa tu abang tak sangka akan jumpa sayang. So,sekarang nie abang nak sayang tahu yang abang memang sayang dan cintakan sayang sejak dari dulu lagi....malah semenjak kita jumpa balik,rasa cinta abang terhadap sayang semakin bertambah. Abang tak sanggup kehilangan sayang lagi sekali sebab tu abang tekad hantar rombongan walaupun sayang tak tahu apa-apa. Sekarang,sayang boleh cakap." hah tu dia panjang lebar penjelasan suami Azrin...hehhehe.


Takpela bang, perkara yang dah lepas tu Rin dah tak ingat dah...memang pada mulanya Rin rasa benci dan marah kepada abang, Tapi lama-lama rasa benci dan marah tu semakin hilang....malah Rin semakin mencintai abang sekalipun Rin dah cuba untuk lupakan abang tapi tak boleh. Sebenarnya, Rin dah lama maafkan abang..cuma hari tu Rin saja je nak tengok macam mana abang betul-betul nak ambil hati Rin balik...hehehehe..."kata Azrin tersengih sambil memeluk erat suaminya. Dalam hati Azrin mengucapkan alhamdulillah kerana akhirnya bahagia menjadi miliknya dan berharap agar perkahwinannya dan Adam Haikal akan bahagia sampai bila-bila. "Syukur Alhamdulillah Ya Allah",Azrin mengucap syukur dalam hatinya.






p/s : nie adelah percubaan pertama sy dlm dunia penulisan. Sorry klau ade salah di mana2...sy ini budak bru belajar......cerpen nie sy buat saje2.....sila komen....sila beri tunjuk ajar sume....=)
























~Satu lg kegilaan ku~

Stacy - Kisah Dongeng
Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini
Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja
Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini
Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati
Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela
Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Nie lg satu yg ak tgh suke gler sekarang nie....Stacy - Kisah Dongeng yg juga merupakan lagu tema bg drama Cinta Elysa.......ak nape ak suke sgt ngn lagu nie......sblum nie x penah plak ak suke lagu2 Stacy...tp lagu nie mmg lain terus dari lagu2 Stacy yg sblum nie.....lagu nie mcm kne je ngn hidup ak....btulke?? heheehe.....ak pn x thu.....kahkahkah.....mungkin jgak sbb lagu nie lagu tema Cinta Elysa.....hahaaha
p/s : ak mmg suke gler ngn lagu nie....fall in love gitu....=)

~Kegilaan Baru ku - CINTA ELYSA~


       Nie die drama baru yg bermain kt TV3, Cinta Elysa.....sekarang nie ak tergila2kan drama nie....ntah nape ak suke sgt tgok citer nie.....setiap selasa tepat jam 9 mlm mesti tercongok kt depan tv semata2 nk tgok citer nie......citer nie best gler dowh.....jlan citer die best...hehehe....skrg nie mungkin ak da jatuh hati kt Johan Ashaari....yeke? hahahaha...xdela....cuma suke tgok lakonan Johan Ashaari ngn Fasha Sandha.....nmpak sweet je dorg berdua.....

    Satu lg, pd 28 n 29 Okt lpas iaitu ari jumaat n sbtu....Jom Heboh kt Kelantan....Johan n Fasha ade jgak kt Jom Heboh 2...tp sedihnyer ak x dpat nk pegi....huhuhuhu....best gler sape yg dpat jmpe ngn Johan kn......kwan ak jmpe ngn Johan...siap ambik pic lg....huhuuhu...jeles ak tgok....tp nk buat camne kn,da xde rezeki ak.....oklah, ak cuma nk bgthu 2 je.....papai sume....love u!!!

Saturday, October 29, 2011

Cuti da nk abis!!

Tinggal lg lbih kurang 3 mggu lbih je lg cuti sem nie.....lpas 2,bermula la balik kehidupanku sebagai seorang pelajar Uitm.....hmmm...agak2 brpe ek result ak yg akn kuar 4 nov nie....ish seramnyer.....tkot gler.....mntak2 sume ok...klau x gempak pn janji ok.....

~my beloved friends~




nielah gmba ak dan kwan2....gmba yg bwah sekali nie sume member kitorg ade....9 sumenye.....cukup lengkap sume.....xde yg kurang....hehehe....start dari kiri korg (Asmaa, Aliah, Aein, Atiqah, Nadiah, ak, Ayiq, Aida n Eiyla).....happy kn kitorg.....kitorg sume mmg same....kadang2 dtg perangai gila2,kadang2 kitorg jdi baik....hahahahaha.....kitorg da diibaratkn mcm adk-beradk....da x bleh berpisah....heehee....hope hubungan persahabatan kitorg nie akn terjalin smpai bila2....walaupn da abis study nnti,masing2 da keje...ade komitmen....hope kitorg dpat stay mcm nie lg.....smpai bila2......doa2 kn lah kitorg....

:::::::::::<3FRIENDS FOREVER<3::::::::::

#ILUVUALLSOMUCH#




Piala Malaysia milik N9

Akhirnya terjawab sudah Piala Malaysia milik sape....N9 vs Terengganu.....2-1.....sbnarnye ak xde la suke bola nie....tgok je bleh la....x sokong mne2 pn.....saje ngada-ngada nk post kt sini....hahahaa.....tahniah N9.....

blog baru~~~

nie blog kedua ak....dlm erti kata yg same...blog bru ak la....nape ak wat blog nie...sbb blog ak yg dlu xleh bukak....huhuuhuhu...sedih gler dowh......tp nk wat camne kn....so,ak dengan malasnyer terpaksa la wat blog ak bru ak nie....tp padan muke ak jgak...sbb da lame x bukak,so msti la jdi macam2 kn.....hehhehe...anyway,nie je la ak post dlu kt sini.....blog nie pn akn take time la jgak ak nk dandan cantik2....